Oleh: Tyah Helmi
TULAR di media sosial satu hantaran yang memaparkan reaksi seorang pengguna terhadap notis penguatkuasaan yang melibatkan penutupan sementara kemudahan kolam renang di sebuah kondominium.
Hantaran tersebut, yang dimuat naik di platform Threads oleh RaraAxis yang menzahirkan rasa puas hati susulan tindakan pengurusan kondominium yang melarang sementara penggunaan fasiliti kolam kepada penyewa tertentu, dipercayai melibatkan warga asing Somalia dan Sudan yang berstatus pelarian.
“Weh, puasnya hati aku tengok notis ni… kita asyik gaduh antara Melayu, Cina, India tapi rupanya bangsa Somalia ini lagi teruk perangai.
“Dah lah duduk sini tak contribute apa-apa kat negara, wah bantuan 1 K USD setiap bulan dapat.
“Duduk di kondo buat perangai monyet… harap tuan rumah dapat halau penyewa bangsa-bangsa seperti itu,” katanya.

Malah, turut dikongsikan dalam hantaran itu ialah sekeping notis bertarikh 30 Mac 2026 yang memaklumkan penutupan kemudahan kolam renang dan kawasan sekitarnya kepada sebahagian penghuni, selepas berlakunya insiden vandalisme oleh bangsa Sudan dan Somalia yang menyebabkan kerosakan berulang serta peningkatan kos penyelenggaraan.
Menurut notis berkenaan, tindakan tersebut diambil selepas beberapa amaran dan penalti gagal memperbaiki keadaan, sekali gus menjejaskan aspek keselamatan, penyelenggaraan serta keselesaan penghuni lain.
Dalam pada itu, hantaran di laman Thread oleh penngguna yang lain turut berkata bahawa bantuan kewangan yang diterima oleh pemegang kad pelarian, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai isu kebajikan, keadilan sosial serta pengurusan komuniti setempat.
“Ironiya, Pemegang kad UNHCR dibayar lebih tinggi dari fresh grad, pelarian dari sudan, syria, somalia dan rohingnya semua dapat bantuan 1,000 USD sebulan, bersamaan dengan RM 4,000… rakyat malaysia pula merempat dalam negara sendiri dengan hanya gaji min RM 1700,” katanya.
Baca juga:








