Anwar Ucap Takziah Atas Pemergian Seniman Jalil Hamid

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelakon legenda tanah air, Abdul Jalil Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jalil Hamid, yang meninggal dunia pada usia 68 tahun.

Dalam satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar buat industri kreatif negara.

“Berdukacita atas pemergian Abdul Jalil Abdul Hamid, seorang seniman yang banyak menyumbang kepada dunia seni tanah air.

“Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat industri kreatif negara.

“Jasa dan legasinya akan terus dikenang. Salam takziah buat seluruh keluarga besar Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini,” kata beliau.

Allahyarham Jalil Hamid, yang terkenal dengan lakonan penuh penghayatan dalam pelbagai drama dan filem telah meninggalkan legasi seni yang akan terus hidup dalam ingatan peminat serta rakan seperjuangan.

Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar.

Pemergian Jalil Hamid bukan sahaja meruntun hati keluarga dan sahabat, malah seluruh rakyat Malaysia yang membesar dengan karya seni beliau.

Anda Mungkin Berminat