Ribuan Semarakkan Quranic Madani di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Ribuan masyarakat daripada pelbagai lokaliti dan latar belakang membanjiri kawasan Quranic Madani di Bukit Bintang malam tadi dalam suasana penuh penghayatan apabila pusat tumpuan ibu kota itu bergema dengan alunan ayat suci al-Quran, selawat dan pengisian kerohanian.

Program itu membuktikan syiar Islam mampu terus disemarakkan secara harmoni dan berhikmah di tengah denyut nadi metropolitan, sekali gus menarik penyertaan golongan muda, keluarga dan masyarakat pelbagai lapisan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hassan, berkata program berkenaan menjadi wadah terbaik untuk memperkukuh perpaduan ummah melalui penghayatan al-Quran.

“Marilah kita terus menyebarkan kebaikan, membudayakan amalan memberi salam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan malam semalam.

Malam itu turut diisi dengan tausiyah oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang menegaskan, Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi perlu difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat