Oleh: Liyana Marzuki
ULASAN | Minggu ini, Ronnie Lui datang lagi. Dah lama senyap dan keluar DAP. Tiba-tiba dia buat kenyataan yang penternak khinzir boleh menyaman Kerajaan untuk elak ladang ditutup.
Ini bukan pertama kali dia menyanggah titah Raja Melayu. Bekas Pemimpin DAP, terpaling kiri ini, dah banyak episod. Tahun 2020, pernah juga buat hal. Katanya di Thailand orang dah tak ikut Raja. Sekali kena charge Akta Hasutan.
DAP dan pertikaian dengan Istana berpisah tiada.
1. Ketika nak angkat sumpah MB Perak 2008, mereka boikot pelantikan. Sebab merajuk orang parti tak dapat jadi MB. Hinggalah krisis politik Perak 2009, langkah yang buatkan MB PAS tumbang. Sakan mereka marahkan Sultan.
2. Gaduh dengan Istana Johor pun ada. Sampai Raja sendiri kena sound mereka dalam media.
Hakikat yang kita kena perhalusi.
Secara budayanya, DAP kurang ‘attachment’ dengan Raja. Ada yang berpandangan Baginda itu Raja Melayu sahaja.
Ya kita pun guna terma “Raja-Raja Melayu”. Bukan “Raja-Raja Malaysia”.
Adab Beta-Patik. “Hamba pacal yang hina”: mereka lagi susah nak hadam. Tambah nak patuh dan redha seperti Hang Tuah. Perhaps, ada juga yang pikir Hang Jebat yang betul pula.
Raja sebenar DAP adalah pengundi teras mereka.
Hatta titah Raja sanggup disanggah kalau tak kena tekak pengundi. Kerana kurangnya ‘attachment’ kepada Raja tadi. Berbeza dengan orang Melayu sendiri.
Menuju PRU16 (pilihanraya umum ke-16), pengundi hendak lihat pemimpin parti pertahankan hak mereka.
Makanya, DAP is in survival mode. Isu khinzir ini isu teras. Pertama kali, cadangan penutupan ladang khinzir dibuat masa zaman DAP memerintah. ‘This is a great slap to them’
Kerana selama ini mereka ‘claim’ merekalah hero masyarakat Cina. Kalau tak dilawan akan terciduk jua. Maka setengah pemimpin mereka akan berfikir “Raja pun Raja lah”. At the end, Politik itu terasnya mencari undi.
Tapi adakah ini tabiat DAP/ PH sahaja? Tiada parti lain?

Saya tengok sakan parti-parti lain claim DAP derhaka. Seperti mereka ni maksum jua…
UMNO jangan lupa krisis Perlembagaan 1992. Bila nak buang iminuti Raja. Habis dilondeh segala. Perang propaganda sampai ditukar “Daulat Tuanku” ke “Daulat Rakyat”.
PKR jangan lupa Langkah Kajang. Bila Sultan tak setuju lantikan MB. Habis Sultan juga dimarahi.
PAS jangan lupa episod TG Haji Hadi menggelarkan Raja Melayu sebagai Firaun dan Namrod tahun 2024. Sultan Selangor sampai murka. Keluar kenyataan menyanggah Tuan Guru kita.
Bersatu juga jangan lupa zaman pandemik, cara mereka terus nak pegang kuasa. Darurat dibuatnya. Tapi tak dapat perkenan YDPA. Sampai jatuhnya PM8.

Apa yang kita belajar?
Setiap parti ada episod “derhaka”nya. Tapi bila lawannya terbabas, dia akan membela Raja habis-habisan. Bila tak kena dengan tekak politik, dan-dan Raja pun mereka tak berkenan.
Itu corak yang kita perhatikan. Bila politik guna Raja untuk cari makan.
Cuma, satu sahaja kita kena persoalkan, orang Cina yang tak tahu adab dengan Raja Melayu, kita naik sheikh maki hamun.
Tapi kalau ada Melayu yang buat Raja murka, adakah kita buat benda sama? Tambah bagi yang mentaksub parti dan pemimpin berhala.
Adakah matlamat menghalalkan cara?

Pada saya, isu khinzir di Selangor, seafdalnya kalau Raja dah bertitah yang baik untuk Negeri (bukan untuk dirinya sendiri), ikutlah sahaja. Ini pun isu lama.
Banyak je negara maju import majoriti daging khinzir kerana masalah pencemaran. Risiko banyak penyakit yang datang.
Tapi nak tutup industri yang sudah bertapak lama, akan buat DAP kurang base undi. Seperti kita kata tadi, Raja sebenar mereka ialah pengundi. Kita tengokkan macam mana mereka handle ini.
***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa berkongsi pandangannya mengenai politik di media sosial








