AS dakwa China setuju Iran kena buka semua selat Hormuz

Oleh: Tyah Helmi

DUBAI: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa Presiden China, Xi Jinping bersetuju bahawa Iran perlu membuka semula Selat Hormuz.

Memetik laporan Reuters, Trump berkata demikian ketika dalam penerbangan pulang menaiki Air Force One selepas mengadakan pertemuan selama dua hari bersama Xi di Beijing pada Jumaat.

Trump turut memaklumkan beliau sedang mempertimbangkan sama ada untuk menarik balik sekatan AS terhadap syarikat minyak China yang membeli minyak dari Iran.

China ketika ini merupakan pembeli terbesar minyak Iran.

“⁠Saya tidak meminta sebarang bantuan kerana apabila anda meminta bantuan, anda perlu membalas bantuan,” kata Trump ketika ditanya sama ada Xi memberi komitmen tegas untuk memberi tekanan kepada Iran supaya membuka semula laluan strategik itu.

Bagaimanapun, Xi tidak mengulas secara terbuka mengenai perbincangannya bersama Trump berkaitan Iran.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Luar China menyuarakan rasa kecewa terhadap konflik melibatkan Iran dan menyifatkan perang itu sebagai “konflik” yang tidak sepatutnya berlaku dan tiada alasan untuk diteruskan.”

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat