Bukan politik, tapi malapetaka besar bakal melanda

Oleh: Adrian Lim Chee En

ULASAN | Sementara orang politik dan para penyokong fanatik mereka terbawa-bawa dalam keghairahan perebutan kuasa politik, sebuah malapetaka sedang menuju ke arah Malaysia.

Malapetaka ini telah semakin hampir, tetapi rakyat Malaysia secara amnya seolah-olah tidak sedar.

Malapetaka ini bukan Pas. Pun bukan Bersatu.

Malapetaka ini bukan PH. Pun bukan DAP atau PKR.

Malapetaka ini bukan puak Melayu, pun bukan puak Cina atau India.

Malapetaka ini telah memaksa Filipina mengumum darurat.

Malapetaka ini telah memaksa Korea Selatan menyekat penggunaan kenderaan bernombor plat ganjil pada tarikh-tarikh genap, manakala nombor plat genap disekat pula pada tarikh-tarikh ganjil.

Malapetaka ini telah memaksa Singapura, salah sebuah negara yang paling panas dan lembap di dunia, menaikkan suhu penghawa dingin melebihi 25 darjah Celcius.

Malapetaka ini telah memaksa Thailand menghentikan serta merta pengeksportan minyak ke negara-negara asing.

Malapetaka ini telah mengakibatkan Laos menutup lebih seribu stesen minyak kerana hampir setiap liter minyak Laos diimport dari Thailand.

Di atas permukaan, ianya seolah-olah krisis minyak sahaja. Namun hakikatnya, implikasi lebih mendalam semakin menyusul. ‘It is coming’

Melapetaka minyak ini sebenarnya malapetaka pembekalan. Masalah PEMBEKALAN.

Rata-rata rakyat umum ingatkan bahawa masalah ini boleh diselesaikan jika kerajaan tidak mengurangkan subsidi atau kerajaan tambah lagi subsidi.

Hakikatnya, ini sedang berlaku.

Apabila Selat Hormuz ditutup, supply (pembekalan) bahan api menjadi kurang.

Tetapi pada masa yang sama, kadar permintaan (demand) tidak berkurang, rakyat masih ‘business as usual, life goes on’

Ini ibarat satu tong air, di mana jumlah air yang diisi (pembekalan minyak) adalah pada kadar yang sama dengan kadar pembocorannya (penggunaan minyak). Ini sebelum Selat Hormuz ditutup.

Selepas Selat Hormuz ditutup, pili air (pembekalan minyak) semakin kecil. Namun, lubang tong (penggunaan minyak) masih belum dikecilkan.

Apakah yang akan berlaku pada air dalam tong (minyak) tersebut?

Apabila air tong (minyak) tersebut habis, yang terkesan bukan walaNon atau Ceplos atau UMDAP je.

Sotong, WalaUn, walaDAP, walaTok, WalaDin semuanya sama-sama terkesan.

Ini malapetaka yang semakin hampir. Everyone will be affected

***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa melontarkan pandangannya di media sosial

Anda Mungkin Berminat