PETALING JAYA: Semua pihak termasuk pembangkang, perlu menghentikan amalan ‘Selective Loyalty’ terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata, terdapat pihak tertentu yang hanya menggunakan alasan mempertahankan institusi diraja, agama dan bangsa apabila ia menguntungkan kedudukan politik mereka, namun bersikap sebaliknya apabila keadaan tidak memihak kepada mereka.
“Semua pihak termasuk pembangkang, mesti menghentikan amalan ‘Selective Loyalty.
“Mereka (Pembangkang) mendakwa mempertahankan agama, bangsa dan raja hanya apabila ia menguntungkan politik mereka dan meninggalkannya apabila tidak memberi manfaat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Amirudin turut mendakwa ada pihak yang berdiam diri ketika isu penghinaan terhadap kredibiliti institusi diraja Selangor berlaku sebelum ini kerana faktor politik.
Dalam kenyataannya, Amirudin merujuk kepada beberapa isu semasa berkaitan institusi diraja termasuk kenyataan oleh bekas Ahli Parlimen DAP Damansara, Tony Pua, yang mencetuskan pelbagai reaksi berhubung peranan dan kuasa raja-raja Melayu.
Kenyataan tersebut sebelum ini mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin politik serta siasatan oleh pihak berkuasa.
Amirudin berkata, semua pihak perlu menghormati institusi raja berperlembagaan serta memahami prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat.
“Semua pihak termasuk pembangkang, perlu menghentikan amalan kesetiaan terpilih terhadap institusi raja, agama dan bangsa,” katanya.
Tambah beliau, Kerajaan Negeri Selangor akan terus berpegang kepada prinsip perpaduan, kesederhanaan serta menghormati institusi raja berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
“Kerajaan Negeri Selangor akan terus berpegang kepada prinsip perpaduan, kesederhanaan serta menghormati institusi raja berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya.








