Oleh: Tyah Helmi
BEIRUT: Lubnan tampil mengumumkan bahawa negaranya bakal melaksanakan gencatan senjata.
Menurut Kedutaan Lubnan di Washington, perjanjian itu tidak menamatkan konflik sepenuhnya di negara berkenaan, namun boleh membuatkan Israel menghentikan serangan ke atas kawasan pinggir bandar Beirut yang dikuasai Hezbollah.
Pada masa sama, kumpulan pejuang Hezbollah turut dilaporkan bersetuju menghentikan serangan terhadap Israel.
Namun, pertempuran di selatan Lubnan masih lagi berterusan.
Difahamkan, tentera Zionis pada awal Selasa memaklumkan berjaya memintas dua serangan yang dilancarkan dari Lubnan ke arah utara Israel tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.
Presiden AS, Donald Trump turu telah memberi jaminan untuk tidak melancarkan serangan terhadap Israel.
Trump turut memaklumkan Perdana Menteri Negara haram Israel, Benjamin Netanyahu, bersetuju menarik balik sebarang operasi ketenteraannya yang sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas Beirut.
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berkata gencatan senjata antara Iran dan AS perlu dilaksanakan di semua medan konflik, termasuk di Lubnan.
Baca juga:








