Akta 588 jadi agenda utama Sidang Parlimen bulan ini

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA:Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula kelak bakal memberi tumpuan penuh terhadap usul pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang berkata, pindaan itu dilakukan demi meningkatkan tahap keselamatan internet serta memperkasa kualiti perkhidmatan digital negara.

“Sebab banyak daripada perkara-perkara yang sedang kita teliti termasuk pindaan Akta 588 untuk diselaraskan dengan cadangan-cadangan di pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta pindaan kepada akta suruhanjaya yang perlu kita usahakan segera.

“Jadi kita serahkan untuk mengemudi dan saya harap dengan beberapa tindakan segera, bukan sahaja internet menjadi lebih pantas dan selamat, malah rakyat mendapat manfaat daripada seluruh usaha Kementerian Komunikasi dan Kerajaan MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga kementerian bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya, pada Isnin.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat