Bomba bantu cari nelayan hilang di perairan Pulau Gaya

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan hilang masih belum ditemui dan dipercayai terjatuh di perairan Pulau Gaya, Kota Kinabalu Sabah diteruskan hari ini sejauh 25 kilometer.

Komander Operasi PBK II, Asama Saruddin berkata, operasi SAR yang memasuki hari kedua pitu bermula jam 6.30 pagi membabitkan agensi lain di kawasan mangsa dipercayai hilang.

“Mangsa seorang lelaki warganegara Filipina berusia 40 tahun itu dilaporkan hilang setelah penduduk Kampung Numbak, Sepanggar menemui bot mangsa tanpa pengemudi dan enjin masih keadaan hidup.

“Mangsa dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut sebelum dilaporkan hilang dan pakaian terakhir mangsa pada hari tersebut adalah berbaju lengan panjang warna merah dan berseluar panjang berceloreng warna hijau,” katanya.

Terdahulu, pihak Bomba telah menerima panggilan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkenaan kejadian tersebut pada 12 Disember 2023 sebelum menggerakkan pasukan bertugas ke lokasi kejadian.

Agensi-agensi penyelamat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Awam dan APMM turut terlibat dalam operasi carilamat berkenaan.

Baca lagi:

Anda Mungkin Berminat