Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau pada Isnin.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, beliau mendoakan agar keluarga Allahyarham tabah mengharungi kehilangan anak seni itu.
“Terima kasih kerana pernah menghiburkan masyarakat di Malaysia dan menjadi antara permata tanah air,” ujarnya.
Anwar turut mendoakan Allahyarham agar ditempatkan bersama dalam kalangan golongan orang-orang beriman.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak pada usia 85 tahun akibat jangkitan kuman dalam darah.
Perkara itu disahkan anaknya, Ahmad Zailani yang memberitahu bapanya meninggal dunia pada pukul 4.46 petang.
Media sebelum ini melaporkan Allahyarham juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun
Baca juga: