ADUN Mahkota Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Johor, Datuk Sharifah Syed Zain meninggal dunia hari ini.

Berita tersebut dikongsikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Facebooknya sebentar tadi.

“Saya berasa amat sedih apabila menerima perkhabaran duka tentang pemergian‎ Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota, YB Datuk Sharifah Azizah binti Syed Zain.

Pemergian YB Datuk Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Ummi amat dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi. Jasa dan bakti beliau untuk Negeri Johor, khususnya DUN Mahkota tidak akan dilupakan.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya pada Jumaat.

Allahyarham Sharifah Azizah, 63 memenangi kerusi DUN Mahkota pada pilihan raya negeri 2022.

Anda Mungkin Berminat