PETALING JAYA: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada seluruh masyarakat Sikh dan Tamil di Malaysia.
Dalam titahnya, Seri Paduka Baginda menekankan bahawa sambutan perayaan itu bukan sahaja membawa kegembiraan kepada komuniti yang meraikannya, malah menjadi wadah memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian negara.
“Moga tahun ini membawa kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya,” titah Seri Paduka Baginda.
Baginda turut bertitah bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya yang hidup dalam suasana aman dan harmoni.
“Harmoninya rakyat tanpa mengira agama dan bangsa adalah tunjang kemakmuran negara,” titah Seri Paduka Baginda.








