Agong Terima Mengadap PM, Bincang Perkembangan Semasa Negara

KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini, berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan tertutup di Istana Bukit Tunku, di sini.

Sesi pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk mempersembahkan perkembangan terkini serta membincangkan pelbagai isu semasa kepada Seri Paduka Baginda.

“Pertemuan Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir dua jam di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, hari ini (22 Jun).

“Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut mempersembahkan perkembangan serta pelbagai isu-isu semasa,” menurut satu hantaran di media sosial Sultan Ibrahim.

Anda Mungkin Berminat