Ahli Parlimen, Adun Bersatu tidak hadir ke Konvensyen PN selepas isytihar sokongan kepada PM

Enam Ahli Parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghadiri Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN) 2024 pada hari Sabtu di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Selain Ahli Parlimen berkenaan, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memberi sokongan sama kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut tidak hadir ke Konvensyen berkenaan.

Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri berkenaan termasuk Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Di samping iut, ADUN yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor tersebut ialah bekas Ketua Badan Pimpinan BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang).

Perkara tersebut disampaikan oleh sumber yang rapat dengan Pejabat Ketua Pembangkang, lapor Berita Harian.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat