PETALING JAYA: Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Danish Hairudin mengecam tindakan Albert Tei yang mengaku memberi rasuah di media tetapi menafikannya di mahkamah, menyifatkan tindakan itu sebagai “hilang prinsip dan keberanian” ketika berdepan sistem perundangan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Albert Tei didakwa cuba mengalihkan perhatian daripada kelemahan peribadi dengan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pengakuan di luar mahkamah tetapi penafian di dalam mahkamah hanya menunjukkan kata-kata beliau tidak boleh dipercayai, dan integriti beliau berada pada tahap paling rendah.
“Tindakan Albert yang berubah pendirian mengikut siapa yang memegang mikrofon mencerminkan ketidakseriusan dan kecelaruan logik, sambil menegaskan bahawa negara mempunyai sistem perundangan, bukan pentas drama.
“Seorang pemberi maklumat yang tulen tidak berubah pendirian mengikut siapa yang memegang mikrofon,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, Albert cuba menuduh Perdana Menteri kononnya tidak telus, apabila beliau sendiri yang mencipta kekeliruan melalui pengakuan media yang bercanggah dengan kenyataan di mahkamah.
“Jika benar, kekallah benar di media dan di mahkamah. Jika tidak, berhentilah memperbodohkan rakyat dengan lakonan yang semakin hamba,” katanya.
Baca juga:








