AMK Desak PDRM Buka Semula Siasatan Video Dikaitkan Azmin Ali

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula siasatan berhubung video yang tular pada 2019 dan didakwa mirip Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali.

Gesaan itu dibuat susulan pendedahan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang mendakwa beliau menerima maklumat baharu selepas konvensyen parti itu tahun lalu mengenai hasil siasatan forensik video berkenaan. Menurutnya, maklumat tersebut menyatakan video terbabit adalah tulen.

Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, dakwaan tersebut perlu dipandang serius kerana secara langsung menyentuh hasil siasatan PDRM pada 2019.

“PDRM bertanggungjawab membuka semula siasatan serta merakam keterangan Wan Saiful berhubung sumber yang dirujuk beliau. Jika benar dakwaan tersebut, tindakan sewajarnya perlu diambil ke atas pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 2019, PDRM pernah menjalankan siasatan berhubung video tersebut, namun hasil siasatan diumumkan tidak dapat mengesahkan identiti individu yang terlibat.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat