Oleh: Haikal Tajuddin
BOLA keranjang jadi konsep kedai sukan, ANTA Malaysia yang kini dibuka di Sunway Pyramid.
Pengurus Besar ANTA Malaysia, Pang Sook Fong berkata ia komitmen jenama mereka untuk menyokong komuniti bola keranjang tempatan.
Tambahnya, gabungan sukan dengan reka bentuk inovatif itu juga mewujudkan pengalaman mengasyikkan bagi setiap peminat sukan bola keranjang.
“Kami sedar yang Malaysia dipenuhi dengan peminat bola keranjang yang sangat bersemangat, oleh itu, kedai ini dibuka bagi mendekatkan diri mereka dengan sukan yang mereka gemari,” jelasnya.
Ujarnya, kedai itu turut menawarkan pelbagai kasut, pakaian dan aksesori eksklusif peralatan berprestasi tinggi, termasuk ANTA KAI 1 Kaleidoscope yang baru sahaja dilancarkan.
Istimewanya, kolaborasi dengan bintang bola keranjang Amerika Syarikat, Kyrie Irving memperagakan kasut dan pakaian istimewa pasti mendatangkan keterujaan seterusnya memperkaya budaya bola keranjang tempatan.