Anwar alu-alukan peranan aktif Trump isu Thailand-Kemboja

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi membincangkan perkembangan terkini berhubung situasi di sempadan Kemboja-Thailand.

Menurutnya, kedua-dua negara terlibat telah menyatakan komitmen untuk terus mengutamakan ruang dialog serta usaha diplomatik sebagai kaedah penyelesaian yang terbaik.

“Saya menzahirkan kesediaan Kemboja dan Thailand untuk terus memilih ruang dialog dan usaha diplomatik sebagai jalan penyelesaian yang ampuh.

“Saya menegaskan bahawa kedua-dua negara telah mengundurkan ketumbukan tentera dari sempadan, seiring dengan pendekatan yang telah dipersetujui di bawah Kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Perdana Menteri turut mengalu-alukan peranan aktif Trump yang sebelum ini turut menghubungi Perdana Menteri Kemboja dan Thailand bagi memastikan sebarang perbezaan ditangani secara tertib dan berhemah.

“Langkah ini penting demi menjamin kestabilan serta keharmonian serantau,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat