Anwar, Hun Manet Bincang Perkembangan Terkini Thailand–Kemboja

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan lanjut bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, berhubung perkembangan terkini gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand.

Dalam hantaran di Facebook rasminya, Anwar memaklumkan bahawa perbualan telefon bersama Hun Manet turut menyentuh peranan pasukan pemerhati sementara (IOT) yang kini menjalankan pemantauan rapi di kawasan sempadan kedua-dua negara.

“Kami turut berbincang lanjut mengenai langkah lain yang boleh dilakukan untuk memperkemas keberkesanan operasi pemantauan oleh IOT,” katanya.

Sebelum ini, rundingan damai antara Kemboja dan Thailand berjaya mencapai persetujuan bersama berhubung gencatan senjata, hasil pertemuan antara Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.

Kejayaan rundingan tersebut diumumkan oleh Anwar selaku hos, Pengerusi ASEAN dan saksi rasmi bagi Mesyuarat Khas Thailand–Kemboja yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana.

Anda Mungkin Berminat