Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima anugerah prestij ‘Global Finance Award’ sebagai pengiktirafan sumbangan dan komitmen beliau dalam memacu perkembangan kewangan Islam di peringkat antarabangsa.
Beliau menegaskan bahawa perjalanan Malaysia dalam memacu sistem kewangan Islam tidak pernah bergerak sendirian, namun sebaliknya ia hasil daripada kebijaksaan kolekftif dan kolaborasi antarabangsa.
“Tatakelola kerajaan menggabungkan kebijaksanaan dengan kebijaksanaan global dalam membangunan sebuah kewangan Islam yang selamat.
“Institusi kewangan Malaysia menerima pelbagai solusi inovasi yang menyediakan penyelesaian syariah secara kolektif, dan sekali lagi, warga global seperti anda telah banyak memberi kerjasama bersama kami (Malaysia),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penerimaan di Majlis ‘Global Finance Award’ di Kuala Lumpur pada Khamis.
Perdana Menteri turut menekankan kekuatan kewangan Islam terletak pada hasil kerjasama serta pendirian hormat bersama antara global dalam membangunkan ekosistem inklusif.
“Mereka (global) memberi kami sokongan, membuktikan bahawa kewangan Islam adalah yang terkuat apabila ia dibina dengan kolaborasi dan hormat bersama,” ujarnya.
Kata Anwar lagi, perkembangan dalam sektor kewangan Islam tidak boleh dilihat dalam konteks bebas riba semata-mata, sebaliknya ia perlu berkembang menjadi sebahagian daripada kerja ekonomi yang menekankan belas kasihan dan keadilan sosial.
Justeru, beliau menegaskan bahawa perjalanan untuk memperkukuh kewangan Islam masih jauh dan perlu dipandu oleh nilai asas yang adil, inklusif serta mampan.
Baca juga:








