KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Ucapan itu ditujukan kepada baginda Sultan serta seluruh jajahan takluknya.
Dalam kenyataan, Anwar merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada baginda bersempena sambutan berkenaan.
“Patik mendoakan ke hadrat Allah semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.
Beliau turut mendoakan agar baginda sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Dirgahayu Tuanku,” katanya lagi.








