Oleh: Aliyaa Azmi
ALOR SETAR: Suasana di Kolam Titimega hari ini bertukar luar biasa apabila ribuan peminat sukan memancing dari seluruh negara berkumpul bagi menyertai pertandingan berprestij yang menawarkan hadiah utama mencecah RM1 juta.
Acara yang berlangsung sejak awal pagi itu mencatatkan penglibatan luar jangka, sekali gus membuktikan sambutan hangat terhadap sukan memancing.
Peserta dari pelbagai negeri hadir dengan kelengkapan masing-masing sehingga menjadikan kawasan kolam penuh sesak dan meriah.
Selain peserta, orang ramai turut hadir memeriahkan suasana, menjadikan lokasi pertandingan seakan festival besar.
Di media sosial, rata-rata netizen meluahkan keterujaan mereka terhadap suasana luar biasa itu.
“Memang havoc, tengok orang ramai macam festival besar,” kata seorang pengguna di ruangan komen.
Seorang lagi pengguna Facebook, @NorHidayat, menambah:
“Acara ini tetap berlangsung meriah seperti tahun-tahun sebelumnya, namun pada edisi sebelum ini tawaran hadiah hanya RM500,000 sebelum meningkat kepada RM1 juta pada tahun ini.
“Rezeki siapa tahu, memang patut cuba sebab hadiah besar,” tulisnya.








