KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa dukacita mendalam terhadap insiden pengeboman di sebuah masjid di Islamabad, Pakistan, yang berlaku ketika solat Jumaat semalam dan mengorbankan nyawa orang awam.
Menurut beliau, serangan yang disengajakan terhadap jemaah yang sedang beribadah itu merupakan satu pencabulan terhadap norma asas kemanusiaan.
Anwar turut menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera.
“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Pakistan dalam saat penuh kesedihan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Anwar menegaskan Malaysia menzahirkan solidariti sepenuhnya kepada semua pihak yang terkesan akibat serangan berkenaan dan berharap pihak berkuasa Pakistan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi membawa pelaku ke muka pengadilan.
Insiden berkenaan sekali lagi mencetuskan kebimbangan antarabangsa terhadap keselamatan rumah ibadat dan ancaman keganasan ekstremisme.
Baca juga:








