KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menziarahi sahabat lamanya yang juga bekas Perdana Menteri Afghanistan, Gulbuddin Hekmatyar, yang kini sedang menerima rawatan kesihatan di Malaysia.
Menerusi satu hantaran, Anwar mendoakan agar Gulbuddin dikurniakan kesembuhan, kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan perubatan yang sedang dijalani.
“Sempat menziarahi sahabat lama yang juga bekas Perdana Menteri Afghanistan, Gulbuddin Hekmatyar, yang kini sedang menerima rawatan kesihatan di Malaysia.
“Mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan keafiatan berterusan, selain dipermudahkan segala urusan perubatan. Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Kunjungan tersebut mencerminkan hubungan persahabatan lama antara kedua-dua tokoh berkenaan, selain sebagai tanda keprihatinan terhadap keadaan kesihatan bekas pemimpin negara Asia Tengah itu.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut didedahkan mengenai keadaan kesihatan Gulbuddin Hekmatyar.
Baca juga:








