Azrul Mahathir gesa TNB baiki masalah gangguan elektrik di Pulau Pinang

Selama lebih lapan jam bekalan elektrik masih lagi tidak dapat dipulihkan sepenuhnya di kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu, Pulau Pinang.

Menerusi satu kenyataan, Timbalan Yang diPertua DUN Pulau Pinang, Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata, perkara tersebut amat mendukacitakan kerana telah berlarutan selama tiga malam berturut dan terdapat juga kawasan yang hampir mencatat hari keempat.

”Saya sentiasa ‘follow up’ dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.

”Saya minta pihak TNB sedikan bekalan elektrik menggunakan ‘genset’ dan lakukan pembaikan supaya perkara yang menyusahkan rakyat tidak berulang lagi.

”Dalam masa sama, pembaikan tersebut dapat mengurangkan risiko kerosakan peralatan elektrik sehingga boleh menjejaskan ekonomi oenduduk setempat,” katanya.

Jelasnya, rakyat menerima jika terdapat gangguan elektrik yang dihadapi tetapi bukanlah dengan gangguan yang berkali-kali ibarat tiada perancangan teliti hingga tercetusnya masalah yang lebih besar.

”Saya harap pihak TNB mengambil teguran ini agar segera bertindak menyelesaikan masalah kritikal ini dan tidak akan berulang lagi,” katanya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat