Bagaimana Aurora terjadi

CAHAYA hijau kebiruan yang dikenali sebagai aurora sering muncul di negara sejuk bahagian kutub utara seperti Alaska, Iceland, Greenland, Finland, Scotland dan lain-lain berkaitan.

Menurut Portal Penyelidikan Cuaca Angkasa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan kejadian aurora terjadi kerana lapisan magnetosfera berlanggar dengan molekul nitrogen dan oksigen dalam ruang atmosfera bumi.

“Bumi mempunyai kutub utara dan selatan pada setiap hujung paksi putarannya dan di antara kedua kutub ini terdapat satu medan magnetik yang membentuk satu lapisan dinamakan magnetosfera.

“Magnetosfera memainkan peranan penting untuk melindungi bumi dari bahaya ancaman aktiviti matahari dan menyebabkan ribut suria membawa plasma dan pertikel merbahaya berkelajuan tinggi sentiasa merambat ke luar ruang angkasa dan akan menghentam apa jua objek di dalam laluannya,” katanya.

Walaubagaimanapun, hidupan di bumi yang terdedah kepada ribut suria berisiko mendapat bahaya mutasi genetik atau kebakaran kulit.

Namun, hidupan di bumi masih terlindung menerusi kewujudan lapisan magnetosfera bumi dan akan terpesong ke haluan lain.

Secara ringkasnya, plasma pada ribut suria ini akan terperangkap dalam lapisan magnetosfera dan mengikut laluan medan magnetik bumi ke arah kutub utara dan selatan.

Dalam masa yang sama, berlanggar dengan molekul nitrogen dan oksigen dalam ruang atmosfera bumi lalu menghasilkan cahaya hijau kebiruan yang dikenali sebagai aurora.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat