Banjir: 1,783 Mangsa Dipindah, 12 PPS Dibuka

PETALING JAYA: Banjir masih melanda tiga negeri sehingga memaksa pemindahan hampir 2,000 mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara yang dikeluarkan pada pukul 7:00 pagi, sebanyak 1,783 mangsa daripada 619 keluarga telah dipindahkan ke 12 PPS yang dibuka di lima daerah terjejas.

Sarawak mencatatkan angka tertinggi dengan 1,450 mangsa daripada 512 keluarga ditempatkan di 10 PPS di tiga daerah.

Sabah dan Johor masing-masing melaporkan satu daerah terjejas dengan Sabah menempatkan 308 mangsa dan Johor 25 mangsa di satu PPS setiap negeri.

Walaupun jumlah mangsa meningkat, laporan tersebut menyatakan bahawa tiada kematian dilaporkan di ketiga-tiga negeri terlibat.

Namun begitu, secara keseluruhan, empat kematian telah direkodkan akibat banjir di seluruh negara.

Pihak berkuasa menyeru orang ramai agar sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan mematuhi arahan keselamatan.

Anda Mungkin Berminat