KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan peningkatan kadar bantuan tunai interim bagi penerima BUDI Diesel kepada RM300, berbanding RM200 sebelum ini, berkuat kuasa mulai 17 Mac 2026.
Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu makluman memaklumkan, kenaikan itu melibatkan tambahan RM100 bagi setiap penerima di bawah kategori BUDI Diesel Individu dan BUDI Diesel Agri-Komoditi.
Menurut kementerian itu, langkah berkenaan dilaksanakan sebagai usaha segera bagi membantu meringankan beban kewangan pengguna diesel, khususnya susulan kenaikan harga minyak global.

Inisiatif BUDI Diesel diperkenalkan bagi memastikan subsidi disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, termasuk petani, pekebun kecil serta pengusaha dalam sektor agri-komoditi yang bergantung kepada penggunaan diesel.
Pada masa sama, kerajaan turut memaklumkan harga diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM5.52 seliter bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026, manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Kerajaan menegaskan komitmennya untuk terus melindungi kebajikan rakyat, selain memastikan kedudukan fiskal negara kekal stabil dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.
Baca juga:








