Bantuan SARA Bulanan Dikredit

PETALING JAYA: Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak hari ini (Ahad).

Seperti dijanjikan, setiap 1 haribulan, bantuan ini masuk secara automatik, memberi kelegaan kepada golongan isi rumah, warga emas dan bujang yang berdepan dengan kos sara hidup semakin mencabar.

Jumlah bantuan berbeza mengikut kategori kelayakan.

Ada yang menerima antara RM50 hingga RM100 sebulan, manakala semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas bakal menerima RM100 sekali sahaja (one-off) pada bulan ini.

Bantuan ini boleh digunakan di lebih 10,000 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara khusus untuk membeli barangan asas seperti beras, minyak masak, sabun, lampin bayi dan pakaian sekolah.

Menariknya, baki kredit yang tidak digunakan bulan ini akan dibawa ke bulan seterusnya bagi memastikan tiada bantuan yang terbuang.

Selain itu, aplikasi MyKasih turut disediakan bagi memudahkan penerima menyemak baki, lokasi kedai berdekatan dan senarai barangan yang layak dibeli.

Dengan pelaksanaan ini, SARA bulanan bukan sahaja meringankan beban kewangan rakyat tetapi juga menjadi bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan sosial terus terpelihara.

Anda Mungkin Berminat