Bantuan SARA Catat Jualan RM100 Juta Dalam Seminggu

KUALA LUMPUR: Program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merekodkan jumlah jualan sebanyak RM100 juta dengan melibatkan 1.7 juta penerima dalam tempoh tujuh hari pelaksanaan sehingga 10.30 malam Jumaat.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, kadar transaksi berjaya meningkat kepada 99.9 peratus berbanding 99 peratus yang dicatatkan sehari sebelumnya.

“Usaha penambahbaikan serta peluasan kapasiti pemprosesan sistem sejak enam hari lalu telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang dicapai semalam,” menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan, sejak SARA dilaksanakan pada 31 Ogos lalu, lebih 10 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit SARA dan SARA bulanan, dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM641.9 juta di seluruh negara.

Bantuan SARA yang disalurkan sekali beri melalui MyKad sejak 31 Ogos memberi manfaat kepada 22 juta rakyat, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2 bilion.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat