Beli barang sekolah secara dalam talian, pilihan ramai ibu bapa

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Hanya berbaki sehari lagi sebelum sesi persekolahan baru bermula pada 17 Februari depan, ibu bapa kini sibuk membuat persiapan untuk anak-anak mereka.

Dalam kesibukan itu, ada yang memilih membeli barangan sekolah secara fizikal di kedai, manakala ada juga yang lebih cenderung menggunakan platform dalam talian.

Di TikTok, pengguna @wawadels berkongsi pengalaman membeli barangan sekolah secara atas talian untuk anaknya yang akan memasuki tahun satu.

Katanya, “Uniform sepasang cukup, takut tak terpakai macam tahun-tahun sebelum ini. Sebelum beli, buat checklist dulu.”

Rata-rata warga maya bersetuju bahawa membeli barang sekolah secara dalam talian lebih murah berbanding membeli di kedai, namun perlu teliti dalam membuat kajian.

Ada yang berkata, “Beli ‘online’ lagi jimat. Kena rajin sikit tengok ‘review’ dan jenis kain.”

Seorang lagi pengguna menambah, “Betul, saya pun beli ‘online’ yang penting tahu saiz. Beli ‘walk in’ mahal baju sekolah dan kasut.”

Untuk ibu bapa seperti @afia&aufa, platform dalam talian adalah pilihan terbaik kerana harga yang lebih murah.

Dia berkongsi, “I beli online je barang sekolah. Semua memuaskan.”

Dia juga mendapat harga murah untuk baju, tudung, kasut, stoking dan alat-alat tulis untuk anaknya yang bakal memasuki tahun satu.

Namun begitu, tidak semua ibu bapa berpuas hati dengan harga barangan sekolah.

Ada yang mengeluh tentang peningkatan kos yang ketara dan menjadikan pengurusan perbelanjaan sekolah satu cabaran besar.

Seorang pengguna meluahkan di TikTok, “Dapat RM150, beli baju seluar sehelai RM70, baki beli buku pun tak cukup.”

Anda Mungkin Berminat