Empat lelaki berhadapan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka hampir karam di Persisiran Laut Berhampiran Persiaran Karpal Singh-Jelutong, Pulau Pinang, pada Rabu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Jalan Perak, Pegawai Bomba Tinggi I, Fadzil Mohamed, berkata, kesemua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh nelayan yang melalui kawasan tersebut dan telah dibawa ke klinik untuk mendapat rawatan lanjut.
“Dua daripada mangsa cedera di kaki, telinga dan tangan manakala dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.
“JBPM telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.40 petang berikutan kes kejadian bot hampir karam.
“Bertindak atas maklumat, pasukan Bomba dari BBP Jalan Perak telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima untuk membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Difahamkan, kesemua mangsa dalam perjalanan ke Pulau Langkawi dan singgah sebentar ke Pulau Pinang.
Baca juga: