China Tandatangani ACFTA Secepat Mungkin

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan kestabilan di rantau Asia, Presiden China, Xi Jinping menyatakan komitmen untuk menandatangani Protokol Peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) dengan negara serantau secepat mungkin.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar China di laman sesawangnya, Xi dipetik berkata, China dan ASEAN akan menolak penyahgandingan, gangguan bekalan, penyalahgunaan tarif serta menentang amalan undang-undang rimba dengan mengamalkan keterbukaan, keterangkuman, perpaduan dan kerjasama.

Jelasnya lagi, komitmen untuk menandatangani  ini menunjukan bahawa China menyokong Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.China akan bekerjasama 

Tambannya, kerjasama dengan ASEAN untuk menangani ketidaktentuan dan ketidakstabilan global dengan kestabilan dan kepastian di Asia.

Kenyataan ini dibuat semasa rundingan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Rabu sempena lawatan negara beliau selama tiga hari ke Malaysia yang bermula Selasa.

Xi turut memuji tema yang dibawa oleh Malaysia selaku pengerusi ASEAN tahun ini iaitu “Keterangkuman dan Kemampanan”,  jelasnya, tema ini mencerminkan wawasannya yang mendalam terhadap landskap antarabangsa semasa.

Xi mengakhiri lawatan negaranya ke Malaysia hari ini, selepas tiba Selasa lalu, atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang turut berkenan meraikan Xi dan delegasinya dalam satu majlis santapan negara.

Sepanjang lawatannya, Xi dan Anwar berkesempatan membincangkan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, selain menyaksikan majlis penandatanganan 31 memorandum persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang.

Anda Mungkin Berminat