‘Cintaku Tertinggal di Malaysia’, Dewa 19 Ubati Rindu Peminat Malaysia

Oleh: Tyah Helmi

SATU lagi detik bersejarah buat industri muzik tanah air apabila Dewa 19 kembali lagi ke Kuala Lumpur setelah tiga tahun lamanya dengan Konsert ‘Cintaku Tertinggal di Malaysia’ pada 6 Jun nanti di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menerusi pengumuman penganjur, Icon Entertainment, Dewa 19 akan hadir dengan penampilan penuh sasa yang menampilkan tiga vokalis utama mereka iaitu, Ari Lasso, Virzha dan Marchello Tahitoe (Ello) yang digandingkan bersama pemain drum iaitu Tyo Nugros.

“Tiga tahun setelah pertemuan terakhir pada September 2023 menerusi DEWA 19 : A Night At The Orchestra – Chapter 5, DEWA 19 ternyata telah meninggalkan para ‘Laskar Cinta’ mereka iaitu Baladewa dengan ‘Kangen’ yang seperti ‘Angin’.

“Tahun 2026, DEWA 19 siap untuk ‘Sedang Ingin Bercinta’ lalu mengisi konsert yang diberi judul DEWA 19,` “CintaKu TerTinggal Di Malaysia!”

“DEWA 19, CintaKu Tertinggal Di Malaysia kelak menampilkan 3 vokalis utama DEWA 19 iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe atau Ello bersama drummer terganteng Tyo Nugros,” katanya.

Hasil gabungan suara vokalis hebat bersama alunan muzik yang luar biasa, mereka semua bakal menghidupkan semula lagu-lagu terkenal dan hit yang telah lama terpahat dalam jiwa peminat seperti “Kangen” dan “Angin”.

Lebih mengujakan lagi apabila, Icon Entertainment bakal membawa kemunculan istimewa iaitu PADI REBORN yang bakal beraksi bersama-sama DEWA 19 buat julung kalinya di Malaysia.

“Icon Entertainment tidak mahu peminat ‘Larut’ bersama DEWA 19 sahaja tetapi buat julung kali menghadirkan PADI REBORN untuk bermain satu panggung bersama DEWA 19 sebagai band jemputan istimewa.

“Untuk itu, BalaDewa dan Sobat Padi, segeralah menjadi ‘Dewi’ dan ‘Mahadewi’,” ujarnya.

Bagi para BalaDewa dan Sobat Padi, tiket akan mula dijual pada 27 Februari, pukul 11.00 pagi di https://www.ticket2u.com.my/Dewa19.

Difahamkan, harga tiket konsert bermula dengan RMRM 236 (Atas Nama Cinta ),RM 288 (Bala Sobat) untuk bahagian berdir i,RM 388 (Pengeran Cinta), RM 428 (Laskar Cinta) dan RM 488 (Sedang Ingin Bercinta).

Malah T-shirt secara percuma turut akan diberikan, maka seluruh peminat jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi mendapatkan tiket dan menyaksikan sejarah muzik tanah air.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat