Pemain bola terkenal, Cristiano Ronaldo dikatakan tidak berpuas hati apabila namanya tidak disenaraikan sebagai pemain terbaik dunia mengatakan, anugerah bukan lagi simbolik kepada kredibiliti individu.
Ronaldo, 38, dengan memiliki rekod yang agak rendah menyebabkan dia tidak disenaraikan dalam 30 pemain bagi Ballon d’Or yang merupakan anugerah bola sepak tahunan yang disampaikan oleh majalah France Football sejak 1956, dianjurkan bersama UEFA.
Ronaldo juga gagal untuk berada dalam senarai calon bagi anugerah pemain dalam The Best FIFA.
Susulan itu, dia meluahkan rasa kesal kerana dirinya diketepikan daripada Ballon d’Or dan The Best.
“Anugerah ini sudah hilang kewibawaannya kerana ia memerlukan analisis sepanjang musim.
“Saya tidak menyatakan pemain lain tidak berhak untuk mendapat anugerah itu, namun saya tidak percaya lagi dengan anugerah itu,” katanya ketika ditemui akhbar Portugal.
Bercakap mengenai prestasi ledakan gol miliknya, Ronaldo menepis dakwaan bahawa beraksi di Arab Saudi dikatakan lebih mudah berbanding di Liga Eropah.
“Mungkin ada yang mengatakan 54 gol yang saya jaringkan itu mudah kerana saya beraksi di Arab Saudi, namun hanya pemain profesional sahaja yang tahu betapa sukarnya menjaringkan gol sama ada di Arab Saudi, Itali atau Portugal,” katanya.
Ronaldo menjaringkan sebanyak 54 gol dalam Liga Pro Saudi sepanjang tahun lalu.
Bintang bola sepak yang dulu pernah bermain dalam kumpulan Manchester United sebelum ini kini menyertai Al-Nassr pada awal tahun 2023.
Baca juga: