Ekonomi Negara berkembang lima peratus pada suku keempat 2024

PETALING JAYA: Malaysia kini berada di trek ekonomi yang betul walaupun dalam persekitaran global serba mencabar.

Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata ekonomi Malaysia berkembang sebanyak lima peratus pada suku keempat 2024, didorong permintaan dalam negara.

“Pertumbuhan ekonomi Malaysia didorong oleh aktiviti pelaburan, perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan dan pengembangan dalam eksport.

“Di peringkat domestik pula, aktiviti pelaburan dipacu oleh penggalakkan projek sektor swasta dan awam serta dipertingkatkan lagi dengan merealisasikan pelaburan yang diluluskan,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Menurutnya, perbelanjaan isi rumah akan mendapat manfaat daripada sokongan berterusan pertumbuhan pekerjaan dan gaji serta dasar Kerajaan.

“Dari segi penawaran, pertumbuhan disebabkan pengembangan dalam sektor perkhidmatan disokong peningkatan daripada subsektor berkaitan pengguna dan berkaitan perniagaan,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat