6 pendaki hilang di Gunung Angsi ditemui selepas 6 jam sesat

Seramai enam pendaki terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki sesat di dalam hutan Gunung Angsi berjaya selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan pada pukul 12.02 tengah malam, pada Rabu selepas tersesat lebih enam jam.

Penguasa Bomba (PgB), Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Yusry Abdullah Sani berkata, semua mangsa ditemukan dalam keadaan selamat, namun seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian lutut dan telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Khas jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Menurutnya, mangsa berusia lingkungan 28 hingga 31 tahun berasal dari pelbagai negeri antaranya Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor ditemukan dalam keadaan baik dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Terdahulu, JBPM Negeri Sembilan menerima panggilan tentang kejadian 6 pendaki dikhuatiri sesat di Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 7.31 malam, 20 Februari 2024 sebelum menggerakkan pasukan Bomba ke lokasi kejadian.

Kesemua mangsa kemudiannya dibenarkan pulang oleh pihak PDRM dengan menaiki kenderaan mereka sendiri.

Semasa operasi tersebut dijalankan, Pengarah JBPM Negeri Sembilan, YS PPjB Abdul Khair bin Osman turut hadir ke lokasi kejadian bagi meninjau gerak kerja yang dijalankan dan turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Negeri Sembilan, Penolong Pengarah Bahagian Latihan, JBPM Negeri Sembilan dan beberapa pegawai kanan JBPM Negeri Sembilan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat