Fazura umum undur dari berlakon drama

PELAKON popular, Nur Fazura dengan rasminya mengumumkan bahawa dia berundur sepenuhnya daripada bidang lakonan yang membabitkan pengambaran drama bersiri di semua stesen televisyen (TV) tempatan.

Fazura berkata, keputusan pengunduran tersebut dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor serta ingin memberi perhatian penuh kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang kini menginjak usia enam tahun.

“Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, jadi saya bercakap dengan beralas. Buat masa ini, secara rasminya saya bersara daripada berlakon drama di semua stesen TV di Malaysia.

“Dari segi filem pula, saya masih terbuka bergantung kepada projek.

“Fokus saya kini lebih kepada filem, sama ada di Malaysia atau Indonesia.

“Namun untuk drama, memang secara rasmi saya bersara daripada semua lakonan drama di stesen TV tempatan,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika menghadiri pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 pada Khamis.

Di samping itu, menerusi kenyataan di laman rasmi Instagram beliau, beliau turut mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama Jakel bagi Koleksi Raya 2026.

Fazura yang sudah lebih dua dekad berkecimpung dalam dunia lakonan berkata, keputusan untuk tidak lagi terbabit dengan drama TV juga dibuat susulan kekangan masa dan komitmen panjang yang diperlukan dalam penggambaran.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat