Terkait dengan pertuduhan gagal mematuhi notis tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah mengheret, isteri tokoh politik, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa.
Na’imah, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Berdasarkan pertuduhan, Na’imah didakwa dengan sengaja memberikan satu penyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertariikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 November 2023, iaitu tidak mengisytiharkan harta.
Harta tersebut antaranya, Menara Ilham, syarikat Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd; dua kenderaan mewah jenama Mercedes Benz, sebuah rumah di Persiaran Bukit Tunku, empat lot tanah di Bukit Tunku dan satu lot tanah masing-masing di Pulau Pinang dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
Ekoran daripada itu, Na’imah didakwa melakukan kesalahan tersebut di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 13 Disember 2023, mengikut Seksyen 36(2), Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, pihak pendakwaan pula dikendalikan oleh oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi, Mohd Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide.
Na’imah pula diwakili peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abien, M.Puravalen dan Alex Tan.
Pada 10 Jun lalu, Na’imah bersama dua anaknya lelakinya hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi antirasuah terhadap Daim yang juga merupakan seorang ahli perniagaa.
SPRM turut menjelaskan bahawa siasatan ke atas Daim adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora dan kertas siasatan bagi kes itu telah dibuka pada Februari tahun lepas. – Bernama
Baca juga: