Seorang wanita dan bayi berusia sembilan bulan cedera ekoran letupan tong gas memasak Petroleum cecair atau liquefied petroleum gas (LPG) di Taman Kemena Sutera, Bintulu, Sabah pada Khamis.
Menurut Komander Operasi, PBK II Eric Wilson Anak Jutin, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sarawak (JBPM) menerima panggilan kecemasan tentang kejadian pada pukul 10.01 pagi.
Pasukan Bomba daripada BBP Bintulu telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu.
“Letupan itu berpunca daripada tong gas LPG dan pintu rumah telah dibuka oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.
“Terdapat dua orang mangsa yang terlibat iaitu seorang wanita dewasa berusia 29 tahun dan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan”, katanya dalam sebuah kenyataan.
Tambahnya lagi, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke hospital berdekatan dengan bantuan orang awam dan jentera Unit EMRS.
Pasukan Bomba telah melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain yang berlaku di dalam rumah tersebut dan dalam keadaan selamat.
Baca juga: