Gempa 7.7 magnitud gegar Bangkok

BANGKOK: Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud menggegarkan Bangkok pada hari ini menyebabkan bangunan bergoyang dan penduduk panik.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan Pusat Geosains Jerman (GFZ), gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa terletak di Myanmar, kira-kira 50 kilometer di timur bandar Monywa.

Gegaran sekitar jam 1.30 petang itu menyebabkan sistem penggera berbunyi di beberapa bangunan tinggi, memaksa penduduk dan penghuni hotel keluar menggunakan tangga kecemasan. Ramai yang berkumpul di jalanan untuk berlindung daripada terik matahari.

Gegaran turut menyebabkan air di kolam renang, termasuk di bangunan pencakar langit, melimpah keluar.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa, manakala kesan gempa di Myanmar masih belum dapat dipastikan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat