Gempa Bumi 6.1 Magnitud Gegarkan Crete, Greece

CRETE, GREECE: Sebuah gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud telah melanda kawasan timur Crete pada pukul 6:51 pagi, hari ini.

Pusat gempa terletak pada koordinat 35.2° Utara dan 26.9° Timur dengan kedalaman 51 kilometer (km), kira-kira 163km ke timur dari Iraklion, Greece.

Buat masa ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan bahawa “Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.”

Walau bagaimanapun, gegaran itu mungkin dirasai di beberapa kawasan sekitar Greece dan negara berdekatan.

Pihak berkuasa tempatan kini sedang menilai impak terhadap penduduk serta infrastruktur dengan pasukan penyelamat bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Anda Mungkin Berminat