Hamas terima cadangan gencatan senjata, Israel tetap tidak puas hati

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas dilaporkan memberi maklum balas dan menerima cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh perutusan khas Amerika Syarikat ke Qatar, Steve Witkoff.

Difahamkan, Israel turut menyambut baik usaha gencatan senjata yang dibawa Amerika Syarikat, namun Hamas terus menetapkan syarat bahawa negara haram itu dikehendaki keluar daripada wilayah Gaza dengan segera.

Israel dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Hamas itu sebagai perkara yang tidak boleh diterima.

Hamas dilaporkan bersedia membebaskan 10 tebusan yang masih hidup serta menyerahkan mayat 18 lagi, sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan Palestin di penjara Israel.

Namun, Hamas tetap bertegas menuntut penamatan penuh operasi ketenteraan serta pengunduran tentera Israel dari Gaza yakni syarat yang ditolak keras oleh Tel Aviv.

“Jika benar mereka mahu gencatan senjata, tekanan perlu diberikan kepada Hamas yang terus berkata tidak bukannya menyalahkan Israel yang bersetuju,” kata Menteri Luar Israel, Gideon Saar.

Sebelum ini, Steve Witkoff yang dilantik sebagai utusan oleh bekas Presiden Donald Trump turut menolak tuntutan Hamas untuk gencatan senjata kekal.

Anda Mungkin Berminat