Barisan pemain Hariamu Malaya bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan menentang Jordan sempena pembukaan Kumpulan E, Piala Asia 2023 di Doha, Qatar pada Selasa.
Selaku di posisi penyerang, Faisal Halim dengan semangat tidak sabar untuk membawa kemenangan kepada skuad negara sekali gus mengharumkan nama negara.
“Suasana stadium memang sangat menarik, keadaan padang sangat teruja. Sebagai kita seorang pemain, ini adalah satu peluang terbaik untuk pasukan kita membuktikan pasukan kita mampu bersaing.
“Tidak perlu lagi merungut tempat panas, kerana esok akan menjadi penentuan kepada nasib Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Junior Eldstal turut bersikap optimis bahawa pasukan kendalian Kim Pan-gon mampu untuk membawa pulang kemenangan kepada negara.
“Hari ini kita melihat kepada stadium. Keadaan stadium yang cukup baik, harap esok kita buat yang terbaik untuk Malaysia,” katanya.
Begitu juga dengan Paulo Josue yang mengakumi keadaan stadium yang disifatkan luar biasa.
“Harap perlawanan esok akan dipermudahkan kepada pasukan kita dan diharapkan juga akan membawa kebanggaan kepada anda semua,” katanya.
Barisan pemain tersebut memberi reaksi itu ketika hadir menjejakkan kaki ke Stadium Al Janoub di Al Wakrah, Qatar ang menjadi tempat pertembungan antara Malaysia dan Jordan.
Stadium tersebut memiliki kapasiti 44,325 tempat duduk dan Stadium Jassim Bin Hamad boleh menampung kapasiti sebanyak 13,030 tempat duduk.
Baca juga: