Harimau Malaya Jatuh Ranking FIFA

PETALING JAYA: Harimau Malaya berdepan tamparan hebat apabila ranking FIFA terkini menunjukkan pasukan kebangsaan jatuh 14 anak tangga ke kedudukan 135 dunia.

Kejatuhan mendadak itu berpunca daripada keputusan FIFA yang membatalkan dua kemenangan dan satu keputusan seri Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 minggu lalu.

Menurut laporan Inside FIFA, pembatalan itu dibuat selepas badan induk bola sepak dunia mendapati Malaysia menurunkan pemain yang tidak layak.

Akibatnya, ketiga-tiga perlawanan tersebut diisytiharkan sebagai kekalahan 0-3 buat Harimau Malaya.

Selain kehilangan mata berharga dalam ranking, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut dikenakan denda sebanyak CHF10,000 (RM51,000).

Insiden itu sekali gus menjejaskan momentum positif skuad negara yang sebelum ini menunjukkan peningkatan prestasi di pentas antarabangsa.

Ramai penyokong meluahkan rasa kecewa kerana penurunan ranking bukan disebabkan kekalahan di padang tetapi akibat isu pentadbiran dan teknikal.

Anda Mungkin Berminat