PETALING JAYA: Tuntutan ibadah puasa dan amalan lain dalam Ramadan bukan sekadar memenuhi rukun, namun ia lebih daripada itu bagi mencapai hikmah dan objektif syariat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur dengan peluang bertemu kembali bulan Ramadan yang mulia ini.
“Puncak kenikmatan disebalik amalan ini adalah pencapaian takwa yang harus dilaksanakan dengan ibadah puasa melalui proses tarbiyah pembentukan watak, berakar kepada kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin yang dibangkitkan oleh rasa takut kepada Allah SWT.
“Sehubungan itu, motivasi dalam melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadan harus didorong dengan semangat mujahadah yang bukan sahaja mengapai cita-cita ukhrawi tetapi pada masa yang sama akan meningkatkan disiplin kendiri, keinginan berkerja dengan sepenuh hati dalam tugas serta tanggungjawab harian,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.
Anwar turut menyertakan doa Rasulullah SAW apabila melihat anak bulan Ramadan seperti yang ditulis oleh Talhah bin Ubaidillah RA.
Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”
Baca juga:








