Dua orang warganegara asing ditahan selepas dilaporkan membuat cubaan menculik seorang kanak-kanak di NSK Klang Sentral pada Isnin.
Menurut kenyataan pihak polis, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 petang semasa pengadu menaiki eskalator.
“Pengadu bersama adik perempuannya sambil memimpin tangan anaknya yang berusia satu tahun tujuh bulan itu didatangi dua lelaki tidak dikenali.
“Dari arah belakang, salah seorang suspek telah mengangkat anak pengadu,” katanya.
Sejurus kejadian, pengadu bertindak menjerit dan menarik anaknya sebelum suspek membuat cubaan untuk melarikan diri.
Cubaan itu gagal apabila orang awam berjaya menangkap suspek.
Kedua-dua suspek diserahkan kepada polis dan direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut seksyen 363 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun beserta denda.
Pihak polis juga menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada bagi nengelakkan kejadian sebegini berulang.
Baca juga: