Polis menafikan wujud layanan ‘double standard’ melibatkan pegawai kanan polis yang dituduh membunuh pelajar berusia 17 tahun ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kawalan ketat terhadap tertuduh di mahkamah demi menjaga keamanan dan ketenteraman awam susulan kes terbabit menarik perhatian umum secara meluas.
Jelasnya, kawalan terbabit adalah prosedur biasa sebagaimana pesalah lain yang menghadapi perbicaraan mahkamah membabitkan kes yang menarik perhatian ramai.
“Malah, kita (polis) tak anggap pun kes ini sebagai kes berprofil tinggi. Dia (tertuduh) sebagaimana pesalah biasa. Cuma ianya menarik perhatian, justeru bila menarik perhatian sebegini kita perlu ada kawalan yang ketat,” katanya memetik Harian Metro.
Tambahnya, tertuduh Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kini ditahan di Penjara Taiping sementara menunggu sebutan semula kes yang ditetapkan pada 7 Februari depan.
Baca juga: