PETALING JAYA: “Mereka gelar nepotisme tapi saya tak pernah guna kuasa. Setiap langkah saya, saya ambil sendiri,” kata calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.
Beliau sekali lagi tegas menolak dakwaan nepotisme yang sering dilemparkan terhadapnya.
“Mereka kata politik bukan untuk wanita seperti saya. Katanya saya tak layak berada di sini
“Bila dia (Anwar Ibrahim) dipenjara satu demi satu pintu ditutup ke universiti ke masa depan yang sepatutnya milik anak muda.
“Di jalan raya, di tengah lautan manusia demi rakyat untuk keadilan sebenarnya.
“Bukan di balik tembok kuasa tapi di bumi nyata. Kerana ini bukan tentang jawatan, ini tentang perjuangan, ini tentang Malaysia,” kata Nurul Izzah dalam satu klip video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Nurul Izzah mencabar penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli pada satu pertandingan yang dilihat semakin sengit.
“Walau apa pun rintangannya, saya masih tetap berada di sini kerana saya cintakan negara ini melebihi rasa takut terhadap cabarannya.
“Saya percaya kepada sebuah Malaysia yang tak menilai kepada agama, kaum, ataupun kulit.
“Saya tak mahu hanya memimpin satu kelompok, satu suara, satu kelas. Saya mahu membina wadah yang menyatukan semua. Bukan hanya untuk hadapi badai tetapi bangkit lebih kuat daripada semuanya,” katanya berkobar-kobar.
Hampir 10,000 perwakilan dijangka hadir pada Kongres Nasional PKR 2024/2025 seterusnya mengundi secara fizikal bagi Pemilihan Pusat manakala 20,000 perwakilan lagi akan mengundi secara dalam talian.
Baca juga:








